Friday, May 15, 2015

kisah solat 2 rakaat



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

just nak share pasal kisah ni..panjang sikit tapi baca dengan kesabaran ye..insyallah, mudah-mudahan kita dapat iktibar dari cerita ni dan berusaha memperbaiki diri..

‎''Menangis bila baca, meremang bulu roma :') Ya Allah SWT, kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia.'' Korang Baca jangan tak baca .
6 perkara Allah sembunyikan :
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud... 'Tidak' 
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

bacaan talqin



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


ingat pada MATI itu adalah sunat..dengan ingat mati, takutlah kita pada dosa, takutlah kita azab neraka, azab kubur dan sebgainya..bacaan talqin yang dibacakan pada simati sebenranya satu sindiran pada yang masih hidup..jom kita muhasabah diri seketika andai bacaan talqin ni dibacakan pada kita..tatkala itu, pintu taubat dah takde dah..dah terlambat..


Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi
rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

AKU MANUSIA




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



i am not a better muslim, i know but i am trying to be..dont judge me by everything i appear to be kerana sesungguhnya Allah swt maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui..apa yang berada dalam hati...pada niatku hanya Allah yang mengetahui...sebaik2 aku ada keburukan yang menyakitakn..dan seburuk2 aku ada kebaikan yang masih boleh dikekalkan..:)

andainya aku kembali.....



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
''andainya aku kembali lagi hidup di dunia..."

adakah ini ayat2 keluhan yang bakal aku ratapi pada saat jasadku sudah terbujur kaku??...


perasaan gemuruh dan takut menguasai kerana aku tidak pernah memberatkan bekalan aku untuk pergi menghadap penciptaku..ya Allah swt ampunilah aku walau aku sedar pintu taubat ku telah tertutup rapat...

kini terbaring aku di baluti kapan mendengar tangisan, ratapan dan alunan bacaan yassin mengelilingi jasadku. rumahku yang tersergam indah bagaikan tersenyum melihat aku terkaku ditengah-tengah ruangan tamu..saat itu, aku tersedar bahawa hakikatnya rumah aku kini hanya debu-debu pasir, tanah dan batu-batu keras yang mengalas tempat tidurku..

"ya allah swt andai kau berikan aku sekali lagi peluang untuk aku hidup kembali, akan ku isi hidupku dengan bekalan akhirat....." sungguh aku tak terdaya!!!


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

apakah selama aku hidup aku memberi ilmu yang bermanfaat? apakah selama aku hidup aku telah cukup bersedekah kepada mereka yg kurg bernasib baik?? apakah anak-anak aku akan mendoakan ku sedangkan aku masih keliru adakah aku telah memberi mereka didikan agama yg sempurna???

akhirnya hidup aku berakhir dengan dihantui bayang dosa-dosa silam yang banyak aku tidak sempat perbetulkan lagi..kala saat ini jasad telah terpisah dari roh, dan bersediakah aku berhadapan dengan siksa kuburnya??

Nabi Muhammad saw  bersabda:
"Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur."

wahai rakan-rakan ku yang masih bernafas di muka bumi...ingatla pada Penciptamu..ingat pada tuhan mu yakni Allah swt..telah Dia turunkan kepada kita Al quran untuk menjadi petunjuk kepada kita dan juga utusan nya Nabi Muhammad saw untuk pembimbing kita dan jangan la kita meringankan perintahnya dan memberatkan urusan kita dan sesungguhnya pada Dia jua kita akan kembali dan tatkala itu jangan diungkap ......................................................... " andainya aku kembali hidup di dunia...."


Nabi Muhammad saw  bersabda:
"KU TINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT ,IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU"


p/s : bagi yang teringin baca tentang siksa kubur klik sini atau klik sini..sama2 la kita ambil iktibar..





ketika susah?..carilah Allah swt..




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
assalamualakum...



mnusia ni sngt la lemah..lumrah seorg insan pabila ditimpa masalh akn balik kepada pncipta nya..tapi sedangkn nk jumpa mnusia terpksa buat appointment..nak mnta tolong Allah swt pun kene buat something..bukan appointment tapi kesungguhan sesungguhnya kita bertawakkal dan serahkan hidup mati kita pada NYA..

macam mana? ada doa dan perkara yg perlu kita amalkan..seperti:...


Al-Anbiya' : Ayat 87

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: 

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."



Fadhilat:

Doa/Tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”Sabda Rasulullah SAW:“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”


antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat:

1.Solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali

2. Istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali.
Amalkannya setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan Allah s.w.t.


peringatan : buatku dan saudaraku


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali…
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan ‘Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah’, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya…
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

    Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
    Ada 4 di pandang sebagai ibu ‘, iaitu :
    1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
    2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

    3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

    4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
    .

    Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

    Beberapa kata renungan dari Qur’an :

    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

    Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
    Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatanMaghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

    .

    wanita itu ibarat epal




    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang





    Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.


    Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?



    Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?



    Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?



    Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.



    Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.



    Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”



    Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.



    Wahai wanita yang solehah tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.



    Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.



    Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.



    "...Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati..." 


    sumber : bila hati bersuara